MuHaMaD HaFiS
Official Blog
Thursday 9 March 2023
Petikan ini ditulis sudah agak lama berlalu. Sehingga di saat ini, masih lagi tidak mendapat sebarang maklumat di manakah hak milik ini berada, siapakah individu atau pihak tertentu yang mengambil dan menyimpannya. Pelbagai yang menjadi tanda tanya, siapakah yang melakukan penyelewengan dan penipuan ini. Penipuan ini berlaku kepada aku sendiri, malah mereka yang melakukan penipuan ini turut menipu orang ramai yang berada disekelilingi aku. Masih menjadi tanda tanya, sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan, tapi pada aku, perkara ini mesti dihentikan serta- merta. Semua hak milik aku mesti berada di tangan aku sendiri, bukannya berada pada individu lain. Sepatutnya mereka ini menyedari akan salah laku yang mereka sedang lakukan, bukannya membiarkan salah laku menjadi secara berterusan. Harap-harap orang ramai mengetahui penipuan yang sedang berlaku, dan mengelakkan dari terlibat.
Sunday 4 December 2022
Ringkasan Hadis Qudsi
Allah bertanya kepada manusia. ‘Wahai manusia ! bagaimana kamu membuat kemaksiatan, sedangkan kamu tidak tahan panas matahari di dunia. Neraka Aku (Allah) adalah api yang sungguh panas dari panas di dunia. Neraka jahanam mempunyai sebanyak tujuh (7) tingkat dan saling sambung-menyambung di antara satu (1) tingkat dengan tingkat yang lain.
Setiap bagi satu (1) tingkat mempunyai sebanyak tujuh puluh ribu (70,000) cawangan.
Setiap bagi satu (1) cawangan mempunyai sebanyak tujuh puluh ribu (70,000) buah kampung.
Setiap bagi satu (1) kampung mempunyai sebanyak tujuh puluh ribu (70,000) buah rumah.
Setiap bagi satu (1) rumah mempunyai sebanyak tujuh puluh ribu (70,000) buah bilik.
Setiap bagi satu (1) bilik mempunyai sebanyak tujuh puluh ribu (70,000) buah kotak dari neraka.
Setiap bagi satu (1) kotak mempunyai sebanyak tujuh puluh ribu (70,000) ekor kala jengking dan di atas kotak itu terdapat tujuh puluh ribu (70,000) batang pokok zaqqum dan di bawah pokok zaqqum itu terdapat tujuh puluh ribu (70,000) buah rantai yang diperbuat dari api neraka. Dan bagi setiap rantai itu diheret dan diseret oleh tujuh puluh ribu (70,000) malaikat Allah dan juga di bawah pokok zaqqum itu terdapat tujuh puluh ribu (70,000) ekor ular yang dijadikan/dibuat dari api neraka. Dan di dalam setiap ekor ular, terdapat satu lautan racun yang hitam pekat.
Kemudian Allah bersumpah. Demi kebesaran Aku (Allah), Aku (Allah) bersumpah. Demi bukit Thur Sina, demi kitab Quran yang diturunkan dengan tersusun cantik, demi lembaran yang terbentang luas, demi baitul makmur (qiblat bagi semua malaikat), demi langit, demi lautan yang di bawahnya mempunyai api yang mendidih (Sumber galian bahan api, contohnya petroleum) , wahai manusia !
Aku (Allah) bersumpah bahawa neraka itu untuk orang yang kufur (ingkar) akan perintah Aku (Allah), suka melaga-lagakan orang, untuk mereka yang derhaka pada ibubapa, untuk orang yang riak dan menunjuk-nunjuk dalam ibadat, enggan mengeluarkan zakat, penzina, pemakan riba, peminum arak, orang yang menzalimi anak yatim, suka menipu dan mengumpat-ngumpat dan Aku (Allah) sediakan neraka ini bagi mereka yang menyakiti jiran.
Orang yang selamat daripada neraka ini ialah orang yang bertaubat, beriman dan membuat amal solleh dan mereka itu Aku (Allah) gantikan dengan nikmat syurga yang melimpah ruah.
*Diambil dari rakaman isi kuliah agama oleh Dato’ Ust. Shamsuri Hj. Ahmad (Bahrul Mazi-Azab Riba)
Sunday 16 October 2022
TATAPAN BERSAMA
IMAM SYAFIE PERNAH BERKATA;
1) SIAPA PELAJARI QURAN AKAN TINGGILAH ILMUNYA
2) SIAPA YANG MENULIS HADIS , KUATLAH AKAN PENDAPATNYA
3) SIAPA YANG SUKA BICARAKAN HUKUM FIQH AKAN MENJADI ORANG YANG PINTAR
4) SIAPA YANG PERHATIKAN BUDI PEKERTINYA AKAN MENJADI ORANG YANG BAIK & HALUS
5) SIAPA YANG BANYAK BERHITUNG & PELAJARI ILMU HITUNG, PEMIKIRANNYA AKAN BERKEMBANG
6) SIAPA YANG TIDAK MENJAGA KEHORMATAN DIRINYA, ILMUNYA TIDAK BERGUNA SAMA SEKALI
Tuesday 11 October 2022
Info penting
Untuk maklumat semua, saya tidak pernah membenarkan mana-mana individu atau pihak-pihak tertentu untuk menerima, mengambil atau menyimpan apa-apa sahaja berkenaan hak milik saya sendiri, samaada dalam bentuk wang tunai, dokumen dan apa sahaja yang terkait dengan hak milik saya sendiri. Panjangkan info ini untuk elakkan orang ramai ditipu.
Monday 31 August 2015
Saturday 22 August 2015
- Kamu telah mengetahui Allah tetapi kamu masih belum lagi menunaikan hakNya
- Kamu telah membaca Al Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutanNya
- Kamu telah mengetahui bahawa syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaati dan bersubahat dengan seruannya
- Kamu menyatakan bahawa kamu ummat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahNya
- Kamu mengatakan bahawa kamu akan masuk syurga tetapi tidak melakukan apa-apa amalan yang akan membawa kamu ke syurga
- Kamu mengatakan bahawa kamu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan diri kamu kepadanya
- Kamu mengatakan bahawa mati itu adalah benar tetapi tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati
- Kamu sibuk meneliti aib atau kecacatan teman-teman kamu tetapi tidak pernah melihat keaiban diri kamu sendiri
- Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhan kamu (Allah) tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya