UNTUK
RENUNGAN KITA BERSAMA
10
Sebab Doa Tidak Dikabulkan
Dari
Syaqiq Al Balkhi berkata : “ Suatu hari Ibrahim bin Adham (Abu
Ishaq) berjalan dipasar dan dikelilingi oleh orang ramai dan mereka
bertanya kepadanya :
‘Ya
Abu Ishaq, Allah berfirman dengan maksudnya, “ Mintalah olehmu
sekalian kepadaKu, nescaya Aku akan kabulkan”. ‘Dan kami telah
setahun berdoa akan tetapi doa Kami belum juga dikabulkan’.
Ibrahim
bin Adham menjawab: “ Bagaimana Allah hendak mengabulkan doa kamu
sedangkan hati kamu masih tertutup oleh 10 perkara...
- Kamu telah mengetahui Allah tetapi kamu masih belum lagi menunaikan hakNya
- Kamu telah membaca Al Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutanNya
- Kamu telah mengetahui bahawa syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaati dan bersubahat dengan seruannya
- Kamu menyatakan bahawa kamu ummat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahNya
- Kamu mengatakan bahawa kamu akan masuk syurga tetapi tidak melakukan apa-apa amalan yang akan membawa kamu ke syurga
- Kamu mengatakan bahawa kamu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan diri kamu kepadanya
- Kamu mengatakan bahawa mati itu adalah benar tetapi tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati
- Kamu sibuk meneliti aib atau kecacatan teman-teman kamu tetapi tidak pernah melihat keaiban diri kamu sendiri
- Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhan kamu (Allah) tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya
10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakan kamu tetapi tidak
mengambil pengajaran dari mereka...