Saturday 22 August 2015


UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA

10 Sebab Doa Tidak Dikabulkan

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata : “ Suatu hari Ibrahim bin Adham (Abu Ishaq) berjalan dipasar dan dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :

Ya Abu Ishaq, Allah berfirman dengan maksudnya, “ Mintalah olehmu sekalian kepadaKu, nescaya Aku akan kabulkan”. ‘Dan kami telah setahun berdoa akan tetapi doa Kami belum juga dikabulkan’.
Ibrahim bin Adham menjawab: “ Bagaimana Allah hendak mengabulkan doa kamu sedangkan hati kamu masih tertutup oleh 10 perkara...
  1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi kamu masih belum lagi menunaikan hakNya

  2. Kamu telah membaca Al Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutanNya

  3. Kamu telah mengetahui bahawa syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaati dan bersubahat dengan seruannya

  4. Kamu menyatakan bahawa kamu ummat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahNya

  5. Kamu mengatakan bahawa kamu akan masuk syurga tetapi tidak melakukan apa-apa amalan yang akan membawa kamu ke syurga

  6. Kamu mengatakan bahawa kamu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan diri kamu kepadanya

  7. Kamu mengatakan bahawa mati itu adalah benar tetapi tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati

  8. Kamu sibuk meneliti aib atau kecacatan teman-teman kamu tetapi tidak pernah melihat keaiban diri kamu sendiri

  9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhan kamu (Allah) tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya
  10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakan kamu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka...


Tuesday 28 July 2015

Assalamualaikum

Blog yang dulu dah tak dapat log-in, sebab tu buat blog yang baru. Walaupun dah buat blog yang baru, blog yang lama tetap tak ditinggalkan. Layarilah jika ada masa.